nothing like us

2014! lama sudah aku tinggal dunia social yang banyak kenangan yang takkan aku lupakan, dunia kian berubah dan kita sebagai manusia turut mengikut perubahan dunia yang baru. tujuaan buat post banyak perkara yang aku nak type, terlalu banyak kot. tak apa tengok banyak mana aku mampu luahkan perasaan aku yang berbulan bulan aku tahan.

aku tak pandai nak ayat madah macam orang memang pasrah hidup gila, aku ikut cara aku sendiri. first of all, aku mintak maaf atas semua kesalahan atau perangai aku yang buat kau rasa aku tak macam aku yang dulu, aku mintak maaf atas semua perubahan aku, ya aku tahu salah aku, aku mintak maaf apa yang berlaku. tak sangka pulak kita boleh jadi orang asing sekarang. hahaha noob kan aku tak reti jaga perasaan orang. entah lah, aku memang tak sangka benda ni akan berlaku sampai seteruk macam ni walaupun hal ni budak sekolah rendah pun tak amik serious. aku tak salah kan kau apa yang terjadi ni, tapi kau kena juga faham keadaan aku kenapa bila jumpa aku tak cakap banyak, aku tak macam kita yang dulu, yang buat kerja bodoh, yang gelak macam nak terkeluar anak tekak, sedih macam hujan yang turun bila tak dapat buat aktiviti lasak kita. dah lama kita kenal, kau tahu hidup aku, aku tahu hidup kau, tak sangka sampai putus macam ni. memang memula cam ilek je tengok bila selang bulan peh hidup aku macam dalam rumah yang kosong tak ada orang yang duduk dengan aku, cuma ada aku & Allah yang faham macam mana aku hadapi hidup yang penuh dengan dugaan. dan tak sangka orang yang aku sayang sebenarnya belum kenal aku sepenuh nya, aku kena fitnah tak ada orang tanya betul ke, pakai main taram je ah mampu. haha, semua tu aku tak kisah cuma aku kisah kau je, sebab aku sayang kau, aku tak nak orang yang aku sayang anggap aku memang tak guna langsung ah, aku cuma nak aku tak sempurna dimata kau biar kau tegur aku apa aku buat ni betul ke tak, perit sia hati aku hilang kau, bukan kau je yang rasa hidup tak adil, bukan kau je rasa hati sakit. aku rasa benda yang sama setiap hari, aku gembira aku suka aku gelak sebab hidup perlu ceria tak ceria orang menyampah tengok, tapi ceria pun kekadang orang menyampah tengok, masa memula kawan kau nasihatkan aku untuk aku buat balik macam mana kita rapat dulu, memang mula aku niat nak buat apa kawan kau suruh bukan sebab dia suruh tapi sebab aku fikir kita dah lama kenal bukan tiga bulan empat bulan, bertahun aku kenal daripada zaman belum up sampai dah up kita kenal, tapi satu benda aku kecewa ah sikit ah. aku tunggu wish daripada kau macam tunggu aku kereta ferrari jadi ah milik, aku ingat kau akan wish birthday aku walaupun "happy birthday" cukup baik ah untuk aku bersyukur tetapi aku angan angan je lah, macam berangan dekat tepi pantai sambil tu angin bertiup, memang best tapi benda jadi tak best dah bila fikir balik, hina sangat ke aku dimata kau? benda sangat aku dimata kau? kalau betul tak apa teruskan, aku tak pernah benci kau kata tu pernah lah sebab keadaan tengah baran fikir, tapi hati aku tak ikut apa mulut aku kata. aku sayang kau macam biasa, macam air mengalir macam tak ada apa berlaku. aku tak masukan masalah kita dalam sayang semua ni, since kita kenal, jujur lah aku cakap aku ikhlas. tapi nak buat macam mana hidup bergilir, dulu aku bahagia dengan kau, sekarang orang lain datang bahagia kan kau balik. hidup berputar, macam kau kata as long as aku happy kau pun happy, aku nak guna jugak kata tu, as long as kau happy, aku lagi happy & bersyukur tengok senyuman & ketawa kau datang balik, aku ok je chill. aku mintak maaf lah sebab tak dapat jaga kau macam dulu, tak dapat nak dengar masalah kau macam dulu, tak dapat nak buat macam macam ah dengan kau, dah perkataan pun dulu memang dulu ah kisah nya, kisah sekarang jangan cakap, memang perit aku nak ungkap kan. macam diguris bila ingat kau, dia dan kita. mungkin ini semua takdir tak apalah aku terima seadaan nya, aku harap kehidupan baru kau dapat buat kau lebih kuat sebab aku tahu kau memang kuat, hati kau memang strong gila.

sekadar ni je mampu aku type tak boleh type pepanjang rasa nak melalak sial hahahahahaha nampak nya tahun ni tak dapat lah nak puasa & sambut ramadan sesama. ni pun kalau kau baca lah, aku mintak maaf kalau aku banyak buat salah, daripada rambut hingga kaki halal kan semua nya, pada yang kenal aku, aku mintak maaf juga. bye yaw